You are currently viewing Fakta Yang Tidak Diketahui Bukan Orang Johor

Fakta Yang Tidak Diketahui Bukan Orang Johor

Trip beberapa hari yang lepas ( 10hb Ogos 2014 ) juga tidak mengejutkan saya. Semua peserta sudah bermastautin lama di Johor. Ramai betul peserta yang datang dari Johor. Kenapa ye ? Tentulah kerana mereka yakin untuk bekerja di Singapura. Mereka yang sertai trip ni bukan semuanya anak jati Johor. Ramai yang berkelana dan mengembara, macam saya ni. Ada yang datang cuma nak top – up sikit knowledge, nak tahu itu dan ini..

Entry kali ini adalah pandangan saya mengapa orang luar atau bukan orang Johor (yang tidak tinggal di Johor) tidak ramai dan tidak mahu bekerja di Singapura.

Mengapa?

 

  • Takut ditipu, dirogol atau dijual oleh agensi pekerjaan. Sudah banyak Kisah Misteri yang mereka dengar. Jika memang ada agensi pekerjaan yang tak berintegriti, ingat..tak semua begitu. Dalam 100 yang bagus mungkin ada 1 yang tak bagus.

 

  • Mereka fikir Singapura ni jauh la sangat. Pada hal cuma 1 kilometer je dari Johor Bahru.

 

johor-bahru
Pandangan Johor Bahru dari Woodlands Photo – Google
  • Mereka tak mahu kerja di Singapura kerana mereka fikir untuk bekerja di sana wajib guna agensi pekerjaan dan mereka sangat takut ditipu agensi. Mereka salah. Salah sangat – sangat. Sebenarnya kita boleh mendapatkan kerja tanpa perlu guna agensi pekerjaan dan ianya mematuhi undang – undang !

 

  • Mereka fikir semua kerja nak pakai English. Tak semua.

 

  • Mereka fikir kos sara hidup di Singapura sangat mahal. Ini pon salah. Yang betul ialah tersangatlah mahal. Tapi memang ada cara nak jimat duit. Antara caranya ialah duduk di Jb.

 

  • Mereka tidak tahu bahawa kami di Think Big Management and Enterprise (JM0610866-D) ada menganjurkan lawatan kerjaya (LPKS) yang mengajar secara praktikal bagaimana mencari kerja secara berdikari dengan SELAMAT tanpa bergantung kepada mana – mana agensi pekerjaan yang bermasalah. Nak tau apa itu LPKS ? KLIK SINI.

 

Pssst… Jika orang luar Johor tahu seperti yang kita tahu, tentu ramai yang akan serbu Singapura untuk bekerja. Bertambah sesak la kastam nanti… adessssss….

 

Najib Halim

Berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan CAREER COACH PROFESSIONAL yang memberi coaching dan khidmat nasihat kerjaya kepada warga Malaysia yang mahu membina kerjaya di Singapura dengan bebas dan selamat. Anda Mahu Sertai Program Kerjaya Kami? Hubungi kami segera. +6012 - 222 2072 (SMS/WHATSAPP/CALL)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.