You are currently viewing JANGAN KERJA SINGAPURA !!!

JANGAN KERJA SINGAPURA !!!

kedai kopi

“Kau jangan kerja di Singapore tu Jang, nanti susah tak do sapo nak nolong kau !”

“Kawan aku dah pergi sana. Gaji memanglah lumayan tapi makan dan pakai kat sana mahal nak mamp*s. Baik ko kerja kat sini je !”

“Ada kawan aku tu berenang nak balik Johor sebab passportnye agensi yang pegang. Terpakse nekadlah, tak de jalan lain lagi. Kau masih nak pergi ?”

“Senah, hang dah pikiaq panjang? Tak takot ka kalau depa pi jual hang ? Hang la satu – satunya anak aku Senah..”

Inilah antara dialog yang biasa kedengaran di kampung – kampung termasuklah branch – branch kedai kopi seantero Malaysia. Mengapa mereka cakap macam tu ? Tentunya sebab mereka niĀ caring. Tak mahu terjadi apa – apa yang tak elok kat kita. Syukurlah ada orang yang sayang diri kita. Namun begitu, sebenarnya mereka tidak tahu dengan jelas gambaran sebenar life di sana. Mereka cuma dengar gossip dari seorang ke seorang. Tidak pernah masuk sendiri dan bekerja di Singapura.

Jika pun mereka pernah bekerja dan menjadi mangsa, mungkin hal itu terjadi kerana salah langkah mereka sendiri seperti tidak membaca agreement dengan teliti, percaya bulat – bulat kepada agensi pekerjaan yang tidak jujur dan sebagainya.

Sebelum saya sampai di Singapura, banyak juga rintangan yang terpaksa dihadapi. Antaranya kekurangan sumber informasi yang boleh dipercayai. Inilah yang menjadi masalah utama kita pada hari ini. Inilah menjadi faktor pendorong untuk saya menganjurkan Program Personal CoachingĀ LPKS – SILA KLIK LINK INI. Memberi informasi yang tepat kepada anak watan yang berminat untuk bekerja di sana.

Jika tiada siapa lagi yang memberi motivasi kepada anda untuk bekerja di Singapura, maka sayalah menjadi orang pertama yang akan memberi motivasi kepada anda. Semoga khidmat saya yang kecil ini diberkati – NYA.

Najib Halim

Berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan CAREER COACH PROFESSIONAL yang memberi coaching dan khidmat nasihat kerjaya kepada warga Malaysia yang mahu membina kerjaya di Singapura dengan bebas dan selamat. Anda Mahu Sertai Program Kerjaya Kami? Hubungi kami segera. +6012 - 222 2072 (SMS/WHATSAPP/CALL)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.