SINGAPORE JOB MATCHING (SJM)
JOB MATCHING
Subject: Consultation & Application Job Vacancy (Konsultasi & Permohonan Jawatan Kosong)
Duration: 24 months
Class: –
Membership: 24 months
Langguage: –
Anda Nak Kami Carikan Jawatan Kosong Singapura Untuk Anda?
BERITA BAIK! Kini TEAMNH bersedia melakukan job hunting untuk anda sampai anda dapat kerja di Singapura.
Anda cuma perlu berikan senarai jawatan yang anda mahu dan kemudian duduk rileks goyang kaki. Kami akan carikan kerja yang anda nak itu sampai dapat!
Program Singapore Job Matching (SJM) ini adalah satu perkhidmatan berbentuk consultation dan job hunting untuk anda.
Anda tak perlu masuk kelas dan balajar apa – apa. Berikan kami senarai jawatan kosong yang anda mahu dan kami akan kerahkan TeamNH mencari sampai anda berjaya dapat kerja dan sampai IPA lulus!
Kami akan gunakan semua strategi buru kerjaya termasuk Hidden Job Hunting Strategy di bawah tunjuk ajar Career Coach Tuan Najib Halim.
Anda hanya perlu hadir ke sesi temuduga kerja aje!
Selama 14 tahun Career Coach yang tidak asing lagi, Tuan Najib Halim membina reputasi dengan menganjurkan program – program bimbingan kerjaya Singapura kepada job seekers berwarganegara Malaysia dan pernah menyatakan bahawa beliau “lebih suka berkongsi kaedah memancing ikan – ikan berbanding dengan hanya memberi seekor ikan”, kini terbuka hati dan dengan sukacitanya membuka tirai tahun ke – 15 beliau dalam industri ini dengan meluncurkan Program Singapore Job Matching (SJM).
Apa Yang Peserta JOB MATCHING Akan Dapat?
- Peserta akan diberikan akses informasi jawatan kosong yang diiklankan dan yang tidak diiklankan (hidden job) yang paling sesuai dengan profil anda sendiri.
- Kami juga akan hantar permohonan kerja bagi pihak peserta melalui pelbagai method.
- Selain itu, peserta juga akan dapat konsultasi kerjaya secara personal bersama Career Coach Tuan Najib Halim.
- Semua kelebihan di atas ini kami berikan selama 24 bulan.
Dan ada lagi..
- Kami juga beri JAMINAN yang anda akan dapat tawaran kerja dan IPA lulus.
atau..
- Wang anda akan kami pulangkan 100%!
Siapakah Tuan Najib Halim?
Apabila sebut kerja Singapura, Tuan Najib Halim ialah nama yang tidak asing lagi. Beliau ialah Perunding Kerjaya (Career Coach) yang telah berkecimpung dalam industri career coaching sejak tahun 2011 lagi.
Sejak itu hingga ke hari ini, ratusan ribu job seekers berwarganegara Malaysia telah mendapat awareness dan informasi berkaitan kerjaya di Singapura. Ribuan peserta telah mengikuti seminar dan program – program kerjaya yang beliau wujudkan setiap bulan. Mereka yang telah berjaya mendapat pekerjaan di Singapura pula tidaklah sedikit.
Sekiranya anda ingin dapatkan khidmat beliau, silakan hubungi kami. Kami ada beberapa program yang mungkin paling sesuai dengan anda.
INFO PENTING UNTUK JOB SEEKERS WARGA MALAYSIA
Berdasarkan pengalaman – pengalaman job seekers, kami simpulkan bahawa lebih mudah dapat work pass jika anda:
(1) Kelahiran Semenanjung Malaysia
- 18 tahun ke atas: Lelaki dan wanita Bumiputra, lelaki dan wanita Bukan Bumiputra
(2) Kelahiran Borneo (Sabah/Sarawak/W.P.Labuan)
- 18 tahun ke atas: Lelaki dan wanita Bukan Bumiputra, wanita Bumiputra, lelaki Bumiputra yang memiliki Bachelor Degree
- 35 tahun ke atas: Lelaki Bumiputra yang tidak memiliki Bachelor Degree
Sebenarnya, mengikut syarat – syarat bekerja yang dikeluarkan secara rasmi oleh Pemerintah Singapura, tiada sekatan umur untuk lelaki Bumiputra kelahiran Borneo seperti di atas.
Dapatan di atas hanyalah sekadar pengalaman – pengalaman job seekers yang mencari kerja di Singapura.
Jadikanlah ia panduan atau anda boleh abaikan untuk mencuba nasib. Kami tidak bertanggungjawab atas apa – apa risiko yang anda ambil.
Pakej Yang Boleh Dipilih
(1) BLUE COLLAR 1 (BC1)
Job Position: Cleaner, Housekeeper only.
Sector: Service.
(2) BLUE COLLAR 2 (BC2)
Job Position: General Worker, Service Crew, Retail Assistant, Cashier, etc.
Sector: Service.
(3) BLUE COLLAR 3 (BC3)
Job Position: Operator, QA Inspector, Warehouse Assistant, etc.
Sector: Manufacturing.
(4) BLUE COLLAR 4 (BC4)
Job Position: Technician, Lab Technician, Supervisor, Customer Services, Security, etc.
Sector: Manufacturing, Services, Contruction, Process, Marine Shipyard.
(5) WHITE COLLAR 1 (WC1)
Job Position: Engineer, IT Support, Account Executive, Data Analyst, Quality Assurance, HR Executive, Manager, etc.
Sector: Manufacturing, Services, Contruction, Process, Marine Shipyard.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
STEP 1: DAFTAR
- Sila baca dan bersetuju dengan Terma & Syarat di bawah kemudian tekan butang NEXT.
- Sebaik sahaja anda melakukan bayaran (boleh bayar secara transfer online atau by hand), kami akan jemput anda bertemu dengan Career Coach Tuan Najib Halim secara online atau face – to – face bagi melakukan sesi Candidate Profiling.
- TeamNH akan menyiapkan Resume dan Cover Letter yang sesuai dengan Candidate Profile yang telah disiapkan.
- Semua proses ini akan selesai dalam tempoh masa 14 hari.
STEP 2: RILEKS
- Tunggu dan rileks je.
- Dalam tempoh ini, TeamNH akan melakukan job hunting dengan menggunakan pelbagai method.
- Ada sesetengah jawatan kosong akan kami post kan dalam Channel Watsap SJM dan ada sesetengah jawatan kosong kami akan terus apply untuk peserta.
STEP 3: HADIR SESI TEMUDUGA KERJA
- Apabila anda menyukai jawatan kosong yang diiklankan dalam Channel Watsap SJM atau anda mendapat panggilan bagi menghadiri Appointment Interview, maka anda perlulah travel ke Singapura.
- TeamNH akan guide anda bagaimana nak travel menggunakan pengangkutan awam di Singapura.
- Jika perlu TeamNH atau Career Coach Tuan Najib Halim sendiri yang akan menemani anda masuk ke Singapura bagi menghadiri sesi temuduga kerja tersebut.
- Career Coach mungkin akan memberi info dan tip temuduga dari semasa ke semasa.
STEP 4: SESI ANALISA
- Setelah anda selesai temuduga kerja, kami akan jadualkan anda untuk hadir secara online atau face – to – face dalam Sesi Analisa bersama Career Coach.
- Sesi Analisa ini akan diaturkan dari semasa ke semasa bila ada keperluan.
Terma & Syarat Program Singapore Job Matching
- Program Singapore Job Matching (SJM), selepas ini disebut SJM yang dimaksudkan dalam page ini adalah yang dianjurkan oleh Think Big Management And Enterprise (JM0610866-D);
- Selepas ini, Think Big Management And Enterprise akan menggunakan terma “kami”;
- Kami kenakan fee dalam SJM untuk perkhidmatan konsultasi sahaja;
- Kami akan memberikan khidmat nasihat yang sesuai untuk manfaat peserta SJM sahaja;
- Semua informasi, tip, nasihat, iklan jawatan kosong dalam SJM hanya untuk peserta SJM yang berdaftar dengan kami;
- Sekiranya peserta SJM tidak mengikuti saranan kami, maka risiko perlu ditanggung oleh peserta SJM sendiri;
- Kami tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan atau kelalaian peserta SJM yang mengakibatkan kerugian kepada peserta SJM;
- Kami tidak akan memberikan khidmat nasihat ke atas jawatan kosong yang didapati sendiri peserta SJM;
- Peserta SJM akan berterusan mendapat konsultasi dan servis SJM selama 24 bulan kecuali peserta SJM telah berjaya mendapat IPA (In – Principle Approval for work pass);
- Apabila peserta SJM berjaya mendapat kelulusan IPA, secara automatik tempoh perkhidmatan SJM akan tamat dan dikira sebagai selesai;
- Sekiranya peserta SJM berjaya mendapat kelulusan IPA, tetapi kemudiannya menolak IPA tersebut, maka tempoh perkhidmatan SJM tetap akan tamat secara automatik;
- Sekiranya peserta SJM mendapat kelulusan IPA bukan pekerjaan dari sumber kami, maka perkhidmatan SJM ini akan berhenti buat sementara waktu (PAUSE). Ia akan disambung semula secara automatik apabila peserta SJM menolak IPA itu atau berhenti dari pekerjaan itu;
- Sekiranya peserta SJM tidak berjaya mendapat kelulusan IPA sehingga genap 24 bulan, kami akan pulangkan seratus peratus fee yang dibayar tanpa tambahan syarat;
- Sekiranya sebelum cukup tempoh 24 bulan, peserta SJM ingin mendapatkan pulangan wang, maka kami tidak dapat memenuhi tuntutan itu;
- Terma dan syarat mungkin akan ditukar dan ditambah dari semasa ke semasa;
- Peserta SJM yang membuat bayaran pendaftaran program SJM adalah dianggap setuju dengan semua terma dan syarat kami di atas.
- Peserta SJM yang hanya membayar deposit, diwajibkan membayar baki fee dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh Surat Kelulusan IPA. Bagi peserta yang gagal menjelaskan baki fee, nama peserta akan dimasukkan ke dalam sistem CTOS bermula hari ke-61. Peserta yang telah disenaraikan ke dalam sistem CTOS, boleh meminta kami mengeluarkan nama dari sistem dengan cara membayar kesemua jumlah fee tersebut sekaligus.