Anda nak dapat gaji dari RM3k hingga lebih dari RM9k sebulan?
Jom kerja di Singapura!
Dengan cara ini, anda mungkin dapat 3x ganda atau lebih dari gaji anda sekarang di Malaysia.
Adakah anda seorang yang...
(A) Newbie
- Anda nak sangat kerja di Singapura macam orang lain.
- Tapi anda completely newbie.
- Tak tahu step by step.
- Tak tahu cara travel dalam Singapura.
- Selain itu, ada banyak perkara yang menghantui dalam kepala anda.
- Antaranya anda takut kena tipu dengan scammer (atau mungkin sudah biasa ditipu).
- Takut gaji dipotong agensi.
- Takut passport dipegang agensi.
- Takut merana kerana bekerja pekerjaan dan syarikat yang tak sesuai dengan jiwa dan raga anda.
- Tak ada siapa yang dapat bantu anda memberi penjelasan sepenuhnya.
- Anda pun buntu.
(B) Sudah biasa kerja Singapura
- Mungkin anda sudah bekerja lebih kurang 10 tahun dan banyak kali bertukar-tukar kerja di Singapore.
- Namun, semangat anda sangat inginkan pekerjaan yang beri gaji lebih banyak atau nak cari syarikat yang beri work-life balance dan lebih benefit.
- Atau mungkin anda masih tercari-cari pekerjaan dalam bidang yang sama dengan kelulusan / bidang kepakaran.
- Atau mungkin belum jumpa pekerjaan dalam level mid-management.
- Anda sudah bertanya kepada kawan - kawan dan orang sekeliling tapi mereka tak ada jawapan kerana mereka juga berada dalam circle yang sama seperti anda.
- Anda sudah membaca semua iklan jawatan kosong dalam semua channel yang anda tahu.
- Anda hampa, pasrah dan terpaksa meneruskan pekerjaan di syarikat sekarang yang anda tidak suka.
- Buntu... berserabut... Namun, anda masih belum berhenti berharap.
Career Coach kami berkata:
“Ada 4 cara memburu kerjaya di Singapura. Biasanya yang dipraktikkan oleh masyarakat kita hanya 3 sahaja, iaitu:
(1) Memohon kerja yang diiklankan.
Kebaikan: Ia mudah. Klik portal kerja, laman sesawang syarikat atau baca suratkhabar dan terus apply. Tunggu saja permohonan anda berjaya.
Keburukan: Anda mungkin perlu tunggu ke-ratusan kali permohonan sebelum berjaya diterima untuk hadir sesi temuduga kerja. Biasa kena kan? Jika temuduga kerja gagal, anda perlu mohon lagi. Jika work pass anda pula yang tidak lulus, anda juga perlu mohon lagi syarikat yang lain pula. Penat nak tunggu, kan?
(2) Memohon kerja menggunakan agensi pekerjaan.
Kebaikan: Ia juga mudah. Hubungi agensi pekerjaan yang percuma dan yang tak pegang passport, kemudian tanyakan jawatan yang anda mahukan. Mereka akan kemaskini jawatan kosong sedia ada yang layak dengan anda yang berada dalam tangan mereka. Kemudian anda isi borang, temuduga kerja dengan staf agensi dan juga dengan staf HR syarikat.
Keburukan: Agensi pekerjaan hanya dapat tawarkan kepada anda senarai jawatan kosong yang ada dalam tangan mereka sahaja. Mereka dapat tawarkan pekerjaan kepada anda bila klien (syarikat) mereka menggunakan khidmat mereka. Dalam satu – satu masa mereka mungkin ada 10 syarikat yang mempunyai jawatan kosong. Jadi, mereka tidak tahu semua jawatan kosong dalam semua bidang dan industri yang ada dalam negara Singapura.Sekiranya sudah beberapa kali pas kerja anda tidak lulus, mungkin pihak agensi tidak lagi berminat untuk terima permohonan anda. Ini bukanlah keburukan agensi pekerjaan kerana hanya itulah kapasiti mereka. Ia hanyalah kekurangan kepada pilihan anda.
(3) Terjah syarikat (door to door).
Kebaikan: Ia mudah tapi susah. Mungkin anda kebetulan akan berjumpa dengan syarikat yang mempunyai jawatan kosong untuk anda.
Keburukan: Singapura kelihatan kecil sahaja dalam peta. Tapi, bila anda melakukan terjah, ia terasa sangat besar. Jika nasib anda baik, minggu pertama anda terjah sudah dapat kerja. Namun anda mungkin akan menjumpai hampir 99% daripadanya tiada jawatan kosong atau tiada kuota untuk warga asing. Penat dan anda akan habiskan banyak duit untuk tambang atau minyak.
(4) Cari jawatan kosong yang TERSEMBUNYI
Apa itu jawatan kosong yang tersembunyi?
Terma untuk jawatan kosong tersembunyi ialah jawatan kosong untuk semua jenis pekerjaan dan industri yang tidak diiklankan secara umum dan juga tidak diketahui oleh agensi pekerjaan. Terma ini selalu digunapakai oleh career coach antarabangsa.
Maksud mudahnya, ia adalah jawatan kosong seperti mana jawatan kosong lain. Jenis posisi dan industri juga sama dengan posisi dan industri yang lain. Cuma ia tak diketahuioleh. Ia tak diketahui oleh orang ramai kerana ia tak diiklankan.
Hakikatnya lebih kurang 80% daripada jawatan kosong semasa dalam pasaran kerja adalah TERSEMBUNYI. Ya, ia tak diiklankan.
Mengapa ia tak diiklankan? Pelbagai alasan, antaranya ada syarikat yang buka pengambilan kecil sahaja kerana pertumbuhan kecil syarikat dan ada yang buka pengambilan hanya kerana mengisi kekosongan disebabkan pemberhentian kerja. Syarikat seperti ini banyak. Majoriti!
Kebaikan: Calon yang memiliki kemahiran Strategi Memburu Kerjaya Tersembunyi atau dalam English kami sebut The Hidden Job Hunting Strategy ini akan mempunyai kebebasan dalam memburu kerja.
Calon ini tidak akan bergantung harap sahaja kepada jawatan kosong yang diiklankan atau yang ditawarkan oleh agensi pekerjaan. Dia secara berdikari boleh menggunakan kemahiran memburu kerjaya ini di mana sahaja negara yang mungkin sesuai dengan kelayakannya seperti Singapura, Malaysia, USA, UK, Canada dan lain – lain.
Keburukan: Ilmu dan kemahiran dalam Strategi Memburu Kerjaya Tersembunyi ini susah didapati. Sangat sedikit career coach di dunia yang sudi kongsi ilmu ini. Kebiasaannya career coach luar negara mengenakan fee yang mahal bergantung pada seberapa hebat pengalaman career coach tersebut.
Kami ada SOLUSI untuk anda!
Career Coach kami, Tuan Najib Halim berbesar hati ingin berkongsi pengalamannya memburu kerjaya di Singapura kepada anda.
Beliau berpengalaman bekerja dan memberi bimbingan kerja di Singapura lebih dari 10 tahun.
Siapakah Career Coach Najib Halim?
Beliau adalah anak ke – 7 dari 8 adik beradik. Lahir dan membesar dalam keluarga yang sangat sederhana di Kuantan, Pahang.
Beliau memulakan kerjayanya yang pertama di Singapura pada tahun 2010 dan pada tahun berikutnya, beliau telah mendaftarkan syarikatnya Think Big bagi memupuk kesedaran, mendidik dan membimbing warga Malaysia yang ingin bekerja di Singapura tanpa menjadi mangsa job scammer.
Beliaulah yang menyusun beberapa kaedah dan strategi bagi mencari jawatan kosong yang tidak diiklankan oleh majikan dan agensi pekerjaan di Singapura. Ia dinamakan “Hidden Job Hunting Strategies”.
Sebelum kami senaraikan program.. jom kita lihat, berapa ramai peserta yang telah sertai program beliau..
Apa kata peserta kami?
Anda juga ingin membina kerjaya di Singapura? Ajommmmmmmmmm!!!
Kami telah sediakan 3 program yang anda boleh pilih:
Senarai Jawatan Kosong Yang Diiklankan & FBLIVE Sesi Soal Jawab Kerjaya Bersama Career Coach Najib Halim
Program percuma ini telah dilaksanakan sudah bertahun–tahun dan telah membantu ramai job seeker.
Webinar Singapore Career Talk
Program SCT ini akan mendedahkan pengetahuan asas bagaimana memburu kerjaya di Singapura. Pada tahun ini, ia diadakan secara ONLINE menggunakan aplikasi ZOOM. Anda boleh sertai di mana sahaja anda berada.
Singapore Career Coaching
Program ini memberi tunjuk – ajar, bimbingan dan konsultasi kepada peserta dan mendedahkan Strategi Memburu Kerjaya Tersembunyi (The Hidden Job Hunting Strategy).