SINGAPORE CAREER TALK (SCT)
TALK
Subject: Current Issue & Tips (Isu Semasa & Tip)
Duration: 2 Hours
Class: Face-to-Face (Group)
Membership: One-Off Session (Satu Sesi Sahaja)
Language: Bahasa Malaysia
Singapore Career Talk (SCT) adalah satu – satunya seminar kerjaya Singapura dan acara networking yang dianjurkan oleh pakar kerjaya (perunding kerjaya) Singapura di Malaysia.
Dalam program ini, para peserta akan didedahkan dengan informasi isu – isu semasa yang penting dan tip – tip yang tepat dan serta efektif. Peserta juga dapat berinteraksi dan bersosial secara santai dengan Perunding Kerjaya (Career Coach) dan sesama peserta yang lain.
Selain dari tip – tip kerjaya yang diberikan, Career Coach juga akan kongsikan High Impact Career Networking Strategy kepada semua peserta yang menyertai. Apabila job seekers dapat berhubung dan meluaskan networking dengan cara yang betul dan berkesan, maka job seekers terbabit akan dapat melihat kesan impaknya dalam kerjaya pada masa hadapan. Sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.
Program santai ini akan dijadualkan setiap bulan, iaitu satu hari sebelum program Singapore Career Coaching berlangsung.
Apa Yang Peserta SCT Akan Dapat?
(1.0) Peserta akan dihidangkan dengan jawapan kepada beberapa isu semasa yang kritikal dan tip – tip yang berguna.
Isu – isu:
- Apakah faktor job seeker tidak boleh keluar dari Malaysia?
- Apakah faktor job seeker tidak boleh masuk Singapura?
- Apakah jenis pekerjaan yang boleh job seeker cari jika tidak pandai speaking English?
- Apakah jenis pekerjaan yang boleh job seeker cari jika tiada SPM?
- Apakah jenis pekerjaan yang boleh job seeker cari jika pandai speaking English?
- Apakah jenis pekerjaan yang boleh job seeker cari jika miliki bachelor degree?
- Apakah yang perlu job seekers lakukan jika IPA tidak lulus?
- Apakah yang perlu job seeker bachelor degree holder lakukan jika agensi tolak permohonan kerana memilih umur lebih muda untuk mohon EP?
- Apa yang perlu expat (pekerja asing) lakukan bagi menjamin kerjaya di Singapura sesudah dapat work pass?
- Apakah tip bagi belajar English dengan mudah?
- Apakah tip untuk berjaya temuduga kerja dan mendapat tawaran kerja?
- Senangkah solat di sana?
- Apakah pentingnya membentuk Circle Career Networking dan bagaimana melakukanya?
(2.0) Peserta akan berpeluang bersosial dan membentuk Circle Career Networking sendiri dalam program ini.
Siapakah Tuan Najib Halim?
Apabila sebut kerja Singapura, Tuan Najib Halim ialah nama yang tidak asing lagi. Beliau ialah Perunding Kerjaya (Career Coach) yang telah berkecimpung dalam industri career coaching Singapura sejak tahun 2011 lagi.
Sejak itu hingga ke hari ini, ratusan ribu job seekers berwarganegara Malaysia telah mendapat awareness dan informasi berkaitan kerjaya di Singapura. Ribuan peserta telah mengikuti seminar dan program – program kerjaya yang beliau wujudkan setiap bulan. Mereka yang telah berjaya mendapat pekerjaan di Singapura pula tidaklah sedikit.
Sekiranya anda ingin dapatkan khidmat beliau, silakan hubungi kami. Kami ada beberapa program yang mungkin paling sesuai dengan anda.
S: Selepas sertai program TALK dan peserta sudah pulang ke rumah masing – masing, adakah peserta boleh bersoal jawab dengan coach?
J: Tidak boleh kerana tiada membership lifetime. Jika ingin mendapatkan membership lifetime, peserta perlu sertai program COACHING (Singapore Career Coaching).
INFO PENTING UNTUK JOB SEEKERS WARGA MALAYSIA
Berdasarkan pengalaman – pengalaman job seekers, kami simpulkan bahawa lebih mudah dapat work pass jika anda:
(1) Kelahiran Semenanjung Malaysia
- 18 tahun ke atas: Lelaki dan wanita Bumiputra, lelaki dan wanita Bukan Bumiputra
(2) Kelahiran Borneo (Sabah/Sarawak/W.P.Labuan)
- 18 tahun ke atas: Lelaki dan wanita Bukan Bumiputra, wanita Bumiputra, lelaki Bumiputra yang memiliki Bachelor Degree.
- 35 tahun ke atas: Lelaki Bumiputra yang tidak memiliki Bachelor Degree.
Sebenarnya, mengikut syarat – syarat bekerja yang dikeluarkan secara rasmi oleh Pemerintah Singapura, tiada sekatan umur untuk lelaki Bumiputra kelahiran Borneo seperti di atas.
Dapatan di atas hanyalah sekadar pengalaman – pengalaman job seekers yang mencari kerja di Singapura.
Jadikanlah ia panduan atau anda boleh abaikan untuk mencuba nasib. Kami tidak bertanggungjawab atas apa – apa risiko yang anda ambil.
Tarikh SCT Terkini
14 FEB 2026
Info Program Lengkap
Nama Program: Singapore Career Talk (SCT)
Tarikh: 14 Feb 2026 (Sabtu)
Waktu: 8.30 pm – 10.30 pm
Durasi: 2 jam
Lokasi: Ikhwan Coffee – cawangan Jalan Yahya Awal (bukan milik GISB)
Pin Point:
https://maps.app.goo.gl/eLzFGzGaaNn1EUpD8
Fee: PERCUMA
Keahlian: Satu Sesi Sahaja
Etika Pakaian: T-Shirt Hitam (kosong atau bercorak).
Penting: Sila hadir 10 minit sebelum acara. Tiada banner atau iklan program di kedai tersebut. Sila support kedai ini dengan membeli air minuman dan kemudian naik ke tingkat atas. Tangga ada di dalam selepas kaunter. Selepas berada di tingkat atas, sila pergi ke bahagian luar dengan melalui satu pintu. Cuba cari coach Najib dan anda boleh perkenalkan diri sebagai peserta SCT.
Sila Baca Panduan SCT Di Bawah
Terma Dan Syarat
(1) Ilmu dan tips kerjaya dalam program SCT ini diperkirakan benar hanya pada masa ucapan itu dibuat;
(2) Semua ilmu, tips dan jawapan – jawapan kepada soalan – soalan peserta adalah bersifat umum dan tidak semestinya tepat untuk semua peserta. Jadi, ia tidak boleh dianggap nasihat personal kepada mana – mana peserta walaupun kepada peserta yang bertanya. Bagi mendapatkan khidmat nasihat yang sesuai untuk profil peserta itu sendiri, kami sarankan peserta mengambil sesi consultation atau coaching;
(3) Peserta diizinkan untuk membuat catatan atau rakaman hanya untuk tujuan rujukan peserta sahaja. Peserta tidak boleh berkongsi atau menyebarkan ia kepada umum;
(4)Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang informasi, nasihat – nasihat atau tips – tips yang diberikan oleh peserta – peserta yang hadir dalam program ini;
(5) Kami tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan, kekurangan, salahfaham dan kerugian yang mungkin berlaku ke atas peserta SCT.