SINGAPORE CAREER COACHING (SCC)
COACHING
Subject: Hidden Job Hunting Strategy (Strategi Buru Kerjaya Tersembunyi)
Class: Online (Group)
Membership: Lifetime
Language: Bahasa Malaysia
Ini adalah program bimbingan kerjaya dan konsultasi Tuan Najib Halim yang pertama di Malaysia dan telah dijalankan sejak tahun 2011 lagi. Peserta akan mendapat bimbingan dan konsultasi bagaimana memburu kerjaya sasaran yang paling sesuai dengan profil peserta itu sendiri.
Dengan ilmu HIDDEN JOB HUNTING STRATEGY (Strategi Buru Kerjaya Tersembunyi) yang akan dicurahkan, peserta akan berkebolehan berdikari dan memburu kerjaya sasaran yang ada kuota walaupun tiada iklan jawatan kosong disiarkan secara umum oleh syarikat Singapura mahupun agensi pekerjaan.
Kini program ini mempunyai dua pakej iaitu Advanced dan Masterclass.
Apa Yang Peserta SCC Akan Dapat?
Dua Pakej
Dalam program ini, peserta akan mendapat ilmu BASIC dan ADVANCED serta MASTERCLASS bagaimana memburu kerjaya di Singapura termasuk bagaimana caranya mengaplikasikan HIDDEN JOB HUNTING STRATEGY.
Peserta akan diberikan akses untuk menonton video tutorial rakaman dan ia boleh ditonton pada bila – bila masa. Peserta juga berkesempatan mendapat konsultasi secara atas talian bersama Career Coach Tuan Najib Halim pada bila – bila masa.
Satu kali dalam setiap bulan, peserta akan berkesempatan untuk menyertai trip travel ke Singapura bagi menguasai skill merantau menggunakan public transport.
Semua peserta akan mendapat keahlian seumur hidup.
Pakej Advanced:
Peserta akan mendapat:
- Ilmu Basic Job Hunting Strategy
- Ilmu Advance Job Hunting Strategy
- Konsultasi
- Keahlian seumur hidup
Pakej Masterclass:
Peserta akan mendapat:
- Ilmu Basic Job Hunting Strategy
- Ilmu Advanced Job Hunting Strategy
- Ilmu Professional Job Hunting Strategy
- Konsultasi
- Keahlian seumur hidup
Siapakah Tuan Najib Halim?
Apabila sebut kerja Singapura, Tuan Najib Halim ialah nama yang tidak asing lagi. Beliau ialah Perunding Kerjaya (Career Coach) yang telah berkecimpung dalam industri career coaching Singapura sejak tahun 2011 lagi.
Sejak itu hingga ke hari ini, ratusan ribu job seekers berwarganegara Malaysia telah mendapat awareness dan informasi berkaitan kerjaya di Singapura. Ribuan peserta telah mengikuti seminar dan program – program kerjaya yang beliau wujudkan setiap bulan. Mereka yang telah berjaya mendapat pekerjaan di Singapura pula tidaklah sedikit.
Sekiranya anda ingin dapatkan khidmat beliau, silakan hubungi kami. Kami ada beberapa program yang mungkin paling sesuai dengan anda.
INFO PENTING UNTUK JOB SEEKERS WARGA MALAYSIA
Berdasarkan pengalaman – pengalaman job seekers, kami simpulkan bahawa lebih mudah dapat work pass jika anda:
(1) Kelahiran Semenanjung Malaysia
- 18 tahun ke atas: Lelaki dan wanita Bumiputra, lelaki dan wanita Bukan Bumiputra.
(2) Kelahiran Borneo (Sabah/Sarawak/W.P.Labuan)
- 18 tahun ke atas: Lelaki dan wanita Bukan Bumiputra, wanita Bumiputra, lelaki Bumiputra yang memiliki Bachelor Degree.
- 35 tahun ke atas: Lelaki Bumiputra yang tidak memiliki Bachelor Degree.
Sebenarnya, mengikut syarat – syarat bekerja yang dikeluarkan secara rasmi oleh Pemerintah Singapura, tiada sekatan umur untuk lelaki Bumiputra kelahiran Borneo seperti di atas.
Dapatan di atas hanyalah sekadar pengalaman – pengalaman job seekers yang mencari kerja di Singapura.
Jadikanlah ia panduan atau anda boleh abaikan untuk mencuba nasib. Kami tidak bertanggungjawab atas apa – apa risiko yang anda ambil.
Info Program Lengkap
Nama Program: Singapore Career Coaching (SCC)
Tarikh: 15 Feb 2026 (Trip Travel To Singapore)
Waktu Berkumpul: 8.30 am (TEPAT)
Masa: 8.30 am – 6.30 pm
Durasi: 10 jam (anggaran sahaja)
Lokasi: Singapura
Point Berkumpul: Berhadapan Restoran KFC dalam JB Sentral
Lokasi Pin Point Berkumpul:
https://maps.app.goo.gl/pUrFPSRFdDUX9BAC6
Fee Membership SCC:
[UNTUK MENGETAHUI FEE, SILA TEKAN BUTTON “DAFTAR DI SINI’ DI BAWAH PAGE INI]
Keahlian SCC: Seumur Hidup
Fee Trip Travel To Singapore: SGD10/trip
Di Bawah Ini Adalah Info Tambahan Untuk Peserta Trip Travel To Singapore
(1) Etika Pakaian: Bebas. Kasual. Disarankan pakai Cap (topi sudu jika ada). Jangan pakai t-shirt/sticker yang tertulis perkataan atau lambang yang mempunyai maksud menyokong atau memboikot sesuatu negara.
(2) Bawa Barang Wajib:
Passport Antarabangsa, Kad Pengenalan dan wang saku minimum sebanyak SGD30.00 (untuk beli ezlink, topup ezlink dan makan tengahari). Sekiranya anda ingin beli simkad handphone Singapura, sila tambahkan lagi wang saku anda sebanyak SGD10.00. Jadi, jumlah yang anda perlu bawa ialah:
SGD10 (fee) + SGD30 (wang saku) + SGD10 (simkad handphone adalah pilihan) = SGD50.
Anda boleh tukar wang anda di kedai money changer di tempat anda ataupun di JB Sentral sebelum berkumpul.
Bawa Barang Pilihan (tak diwajibkan – sekadar cadangan):
1 botol kecil air mineral, sedikit makanan ringan, buku nota kecil dan pen, telefon pintar serta powerbank.
Submit:
Sila submit informasi yang diperlukan dalam aplikasi MYICA MOBILE (sebelum ni nama aplikasinya ialah SG Arrival Card). Jika pertama kali nak submit, sila download aplikasi MYICA MOBILE dan tonton tutorial di bawah ini.
Sila Baca Panduan GUIDE Di Bawah
Tajuk:
- Pendaftaran secara walk-in/online.
- Submit MYICA Mobile
- Download app
- Hotel
- SCT
- Parking
- To – do List
- Not – To – Do List
- Jangan Lewat
- Terma dan syarat
____________________
(1) Pendaftaran secara walk-in/online.
- Untuk program SCC ini, pendaftaran boleh dilakukan secara walk-in atau online.
- Untuk fee Trip Travel To Singapore, sila buat bayaran secara tunai dalam matawang Singapore Dollar sebanyak SGD10.00 sahaja.
- [PERHATIAN] Pihak kami tidak melantik mana – mana wakil bagi menjalankan semua program kami. Pastikan anda berjumpa dengan career coach Tuan Najib Halim sendiri semasa mendaftar.
(2) Submit MYICA Mobile
- Sila submit SG Arrival Card menggunakan aplikasi MYICA Mobile selewat – lewatnya sebelum berkumpul.
- Pastikan semua nombor dan maklumat diri diisi dengan tepat.
(3) Download App
- Selain MYICA Mobile, sila download 3 aplikasi lain ke dalam smartphone anda. Iaitu Singapore Maps (Streetdirectory Pte Ltd), Singapore MRT LRT Offline dan BusLeh.
(4) Hotel
- Program Trip Travel To Singapore ini akan berlangsung di bahagian hujung Johor Bahru. Sekiranya anda ingin booking hotel, anda boleh memilih lokasi yang berdekatan JB Sentral ataupun sekurang – kurangnya berdekatan Larkin Sentral (Terminal Bas Larkin).
- Ada banyak variasi hotel boleh anda pilih. Sekiranya hotel bajet menjadi pilihan anda, kami cadangkan anda menginap di lokasi berdekatan dengan Larkin Sentral. Antaranya ialah Ghazrin Budget Hotel yang terletak di seberang jalan di belakang Larkin Sentral (bertentangan dengan Stesen Teksi). Anda boleh berjalan kaki ke hotel dari Larkin Sentral. Selain rangkaian Hotel Ghazrin, ada banyak lagi hotel bajet yang berada berdekatan dengan lokasi itu.
- Sekiranya anda menginap di sekitar Larkin Sentral, kami ingin ingatkan bahawa anda perlu menaiki kenderaan untuk pergi ke JB Sentral. Jarak antara dua lokasi ini ialah 6.8km. Anda boleh menggunakan kenderaan sendiri atau menaiki teksi / grab untuk ke sana.
- Sekiranya anda ingin menyertai program Singapore Career Talk (SCT), iaitu seminar talk dan networking yang kami anjurkan pada malam sebelum hari Trip Travel To Singapore, pastikan anda sudah tiba di Johor Bahru sebelum jam 8.00 pm.
(5) SCT
- Program Singapore Career Talk (SCT) ini terbuka kepada semua job seeker. Sila baca info di pautan ini: https://najibhalim.com/singapore-career-talk
- Anda digalakkan hadir ke program seperti ini bagi menambahkan ilmu kerjaya dan meluaskan circle kerjaya anda. Apabila circle anda luas, maka proses memburu kerjaya akan lebih mudah pada masa hadapan. SCT ni PERCUMA!
(6) Parking
- Anda dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan anda di tempat parking berbayar dan berpagar.
- Terdapat banyak lot parking motosikal di sekitar depan dan belakang JB Sentral. Fee untuk sehari semalam hanya RM3 atau RM4.
- Untuk kereta, kebanyakan parking lot yang sedia ada dan berhampiran JB Sentral mengenakan bayaran bulanan. Yang mengenakan caj harian tidak banyak lagi seperti dulu. Sekiranya ada, anggaran fee sehari antara RM12 – RM20.
- Sekiranya anda tak kisah bayar parking puluhan RM30-RM50, anda bolehlah parking di dalam Shopping Mall seperti Komtar dan City Square yang berada sebelah JB Sentral je. Atau jika anda tak kisah berjalan jauh, mungkin boleh parking berdekatan dengan Plaza Kotaraya.
- Alternatifnya, nak lagi jimat, anda boleh parking kereta anda di parking lot hotel anda atau di parking lot berbayar Larkin Sentral dan kemudian anda boleh menaiki teksi atau grab untuk ke JB Sentral.
- Jangan sesekali parking di tepi jalan yang tiada kotak lot parking. Nanti MBJB angkut maa!
(7) To – Do List
- Sila sarapan pagi secukupnya sebelum berkumpul. Sekiranya perlu, anda boleh tapaw sedikit makanan ringan dan 1 botol kecil air minuman mineral.
- Pastikan anda bawa passport antarabangsa dan kad pengenalan milik anda sendiri.
- Pastikan anda sudah tukar wang yang cukup sebelum berkumpul. Kalau nak tahu kadar tukaran wang, gogel je.
- Sila amalkan sikap hormat – menghormati dengan sesama peserta dan coach.
- Bawa barang kepunyaan anda sahaja.
- Sekiranya anda tidak boleh membaca (anak anda sedang bacakan artikel ini untuk anda), pastikan anak anda turut sertai program ini.
(8) Not – To – Do List
- Jangan bawa barang peserta lain atau barang kiriman orang.
- Jangan pakai pakaian yang ada kaitan dengan terrorist / jiha*ist / Is*ahell / Pa*estin dan seumpamanya.
- Jangan sebut perkataan seperti “B**MMM!”.
- Jangan bawa rokok, tembakau, dadah, ganja atau vape.
- Jangan bawa chewing gum.
- Jangan bawa senjata dan barang – barang lain yang tidak dinyatakan di sini namun tersenarai dalam senarai hitam ICA Singapore.
- Jangan merokok di tempat awam.
- Jangan buang sampah merata – rata.
- Jangan share atau publish semua ilmu dan tips kami kepada bukan peserta SCC.
(9) Jangan Lewat
- Pastikan anda sudah melakukan semua perkara yang perlu sebelum berkumpul.
- Sekiranya anda lewat, kami terpaksa tinggalkan anda. Serius ni tau!
(10) Terma dan syarat
- Ilmu dan tips kerjaya dalam program ini diperkirakan benar hanya pada masa ucapan itu dibuat;
- Peserta diizinkan untuk membuat catatan atau rakaman hanya untuk tujuan rujukan peserta sahaja. Peserta tidak boleh berkongsi atau menyebarkan ia kepada umum;
- Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang informasi, nasihat – nasihat atau tips – tips yang diberikan oleh peserta – peserta yang hadir dalam program ini;
- Kami tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan, kekurangan, salahfaham dan kerugian yang mungkin berlaku ke atas peserta SCC.