KENAPA COACH BUAT COACHING?
Kami pasti masih ramai yang tertanya – tanya kenapa kami buat semua jenis “mak-nenek” career coaching seperti talk, guide, consultation, coaching dan sebagainya. Kenapa tak buat interview terus je, kan? Seingat kami, Perunding Kerjaya (Career Coach) Tuan Najib hanya beberapa kali menjelaskan jawapannya dalam fb-live secara spontan. Oleh itu, artikel ini akan menjawab secara ringkas mengapa kami buat career coaching.
Sememangnya ramai job seekers seperti di atas yang inginkan pakej straight to the point dari kami. Apply – attend interview – and working terus lah. Tak nak yang berantai – rantai. Tak nak “masuk kelas talk bagai”. Yup, kami faham semua tu sebab kami pun bekerja di Singapura.
Baiklah. Biar kami explain.
Pertama – tamanya, anda perlu faham siapa kami. Apabila sudah faham siapa kami, maka mudahlah anda akan faham fungsi atau tugas kami.
Siapa kami?
Kami ialah PERUNDING KERJAYA (CAREER COACH). Ingat nama ni betul – betul dan bila mention nama coach kami, anda perlu sebut perkataan “career coach”, barulah anda nampak bijak (hehehe..)
Jadi, tugas career coach ni tak sama langsung dengan recruiter yang ada dalam agensi pekerjaan, headhunter dan HR syarikat.
Antara tugas recruiter dalam agensi pekerjaan + headhunter + HR syarikat ialah mereka menguruskan pengambilan pekerja apabila ada job vacancy.
Jadi, apa pula tugas career coach?
Tugas career coach ialah membantu job seekers membangunkan kerjaya.
Career Coach di seluruh dunia membantu dengan menyediakan panduan, bimbingan dan strategi yang berkesan bagi seseorang job seeker mencari kerja dan membangunkan kerjaya.
Ini termasuklah proses career planning, penulisan resume, job searching, persiapan untuk negotiation dan banyak lagi.
Tugas – tugas ini tak akan dibuat oleh recruiter dan begitu juga career coach tak akan ambil tugas recruiter – walaupun kami selalu post iklan job vacancy dalam channel kami dan kami buka program Singapore Job Cabel, itu tidak bermakna kami ambil tugas recruiter.
Apa Yang Berlaku Jika Kami Tak Buat Coaching?
- Job seekers tak tahu job yang paling matching dengan profil dirinya!
- Job seekers tak tahu cara professional nak apply job!
- Job seekers tak tahu kenapa resume mereka dibakul-sampahkan!
- Job seekers tak tahu kenapa tak dapat panggilan temuduga!
- Job seekers tak tahu kenapa tak jumpa – jumpa job yang diimpikan!
- Job seekers tak jumpa job vacancy yang ada kuota!
- Job seekers tak tahu kenapa selalu gagal dalam temuduga kerja!
- Job seekers tak tahu macam mana nak minta bakal majikan kasi up salary package yang ditawarkan!
- Job seekers tak kenal job scammer!
- dan banyak lagi..
Anda Sudah Faham?
So, kalau anda inginkan “straight to the point”, boleh terus hubungi syarikat atau agensi pekerjaan Singapura. Jika tak ada career coach yang beri solusi kepada job seekers, siapa lagi, kan?
Walaubagaimanapun, anda juga boleh dapatkan khidmat kami bagi mencari job yang paling sesuai dalam Program Singapore Job Matching (SJM) di bawah.