Banyak cerita dongeng yang saya dengar dan ini sedikit daripadanya. Kesemuanya disebabkan kesimpulan berat sebelah atau kita sebut sebagai Confirmation Bias.
Sudah tiada kuota untuk orang Malaysia!
Sepanjang tahun dari awal bulan Januari hingga akhir bulan Disember kita akan dengar ada je orang bersuara “Sudah tiada kuota kerja la der”. Orang yang berkata hal ni adalah disebabkan sama ada dia terima bulat – bulat perkataan dari agensi pekerjaan tertentu ataupun telah membuat kesimpulan berat sebelah (confirmation bias) setelah gagal mencari pekerjaan beberapa kali. Agensi pekerjaan hanya mengetahui kuota syarikat yang menjadi client mereka. Penjelasan saya tentang hal ini sebenarnya sudah disebutkan dalam artikel berjudul Tiada Kuota Kerja Di Singapura? Orang seperti ni apabila ditanya newbie mereka akan jawab dengan yakin “Kuota sudah tiada”. Kemana sahaja mereka pergi mereka akan bawa berita salah faham ini. Mereka hanya akan diam membisu sambil senyum kambing apabila kita suapkan kerja kepada mereka.
Jawapan:
Semua industri pekerjaan di sana telah dibahagikan kuota untuk warga Singapura, PR (Permenant Resident), S Pass dan warga asing. Pembahagian ini adalah berdasarkan jumlah pekerja dalam syarikat itu. Sekiranya 1 orang pekerja lokal (warga Singapura) telah diambil bekerja dalam syarikat A. Maka syarikat A hanya layak mengambil sebanyak 7 orang pekerja yang memegang Work Permit (warga asing) dan tidak boleh lebih dari itu. Sekiranya syarikat A mahu mengambil lebih banyak pekerja asing, maka mereka perlu menambah bilangan pekerja lokal supaya seimbang nisbah 1:7.
Oleh kerana jumlah kuota itu adalah berdasarkan jumlah pekerja di sesebuah syarikat, maka adalah jelas ia tidak bermusim. Boleh jadi anda akan berjumpa 10 atau 1000 syarikat yang tiada kuota pekerja asing. Namun ia tidak bermakna semua kuota sudah penuh di Singapura. Singapura ni besar der. Tak pandai nak cari? Sertailah program kami selama sehari dan anda akan expert mencari kerja mengalahkan orang yang sudah bekerja 5 – 6 tahun di Singapura.
Orang Malaysia cuma boleh bekerja sebagai cleaner walaupun ada diploma dan sebarang sijil akademik tinggi tak laku di sana
Inipun informasi yang salah. Hanya kerana mereka atau kawan mereka yang berpelajaran tinggi gagal mendapatkan kerja yang setaraf, mereka membuat kesimpulan yang berat sebelah (confirmation bias).
Jawapan:
Warga Malaysia juga boleh bekerja dalam bidang profesional atau kemahiran sekiranya mereka ada “what it takes”.
Kita hanya boleh bekerja di Singapura melalui agensi pekerjaan sahaja
Ini pun mengarut! Yang memang salah ialah bila kita bekerja tanpa memiliki Work Permit.
Jawapan:
Seperti yang saya tegaskan dalam Program Personal Coaching kami, kita boleh bekerja tanpa melalui agensi pekerjaan. Kita bebas mencari dan memilih kerja yang kita inginkan.
Itu saja setakat ini. Jika ada lagi cerita dongeng yang tersebar, saya akan kemaskini entry ini.
Saya nk tahu pekrja malaysia kalau cuti kena potng Levi dgn majikan ke?berapa Levi utk org malaysia?? Ada cuti bulan ke x?kalau dh keluar Singapore Levi jalan x?tlg jelas kn
Hi Mat, Please whatsap my team at 012-2222072