“Saya tak mahu jadi Banggla !”
“Bang, dekat sana kita jadi Banggla ke ?”
“Ape ? Kena pakai permit macam Banggla ? Ape barang..”
“Tak mau la jadi Banggla, hahaha !”
Tak tahu lah mengapa mentaliti dan sikap suka merendah – rendahkan bangsa lain masih diamalkan dalam zaman ni. Apalah yang hebat sangat yang ada pada diri kita ni hingga terlintas di hati suatu perasaan ego – merasa lebih tinggi dan lebih baik dari orang lain. Pernahkah kita mengkaji asal – usul kita ? Dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi ?
Saya tidak menulis entry ni semata – mata kerana menjadi work permit holder di negara orang. Di awal remaja saya sudah berkawan dengan ramai orang yang berlainan negara. Orang panggil mereka ni pendatang. Saya panggil mereka ni…sahabat.