SINGAPORE CAREER GUIDE (SCG)

GUIDE

Subject: Basic Job Hunting Strategy (Strategi Asas Buru Kerjaya)

Duration: 12 Hours Travelling In Singapore (12 Jam Merantau Di Singapura)

Class: Face-to-Face (Group)

Membership: One-Off Session (Satu Sesi Sahaja)

Language: Bahasa Malaysia

Program Singapore Career Guide (SCG) ini adalah satu kursus santai yang akan mendedahkan perkara – perkara asas dan step by step dalam melakukan job hunting di Singapura menggunakan ilmu Strategi Asas Buru Kerjaya (Basic Job Hunting Strategy). Ia diasaskan oleh Perunding Kerjaya (Career Coach) Singapura yang tak asing lagi, Tuan Najib Halim.

Sebelum ini, ilmu strategi ini dikongsikan oleh coach kami dalam Seminar Singapore Career Talk  (SCT) sahaja. Ia diadakan dalam bilik seminar dan secara atas talian.

Pada tahun ini, mulai Ogos 2025, coach kami mencadangkan supaya ilmu Strategi Asas Buru Kerjaya Singapura ini dikongsikan dalam satu program yang berasingan. Jadi, kami namakan program ini sebagai SINGAPORE CAREER GUIDE (SCG).

Menariknya dalam program GUIDE ini, coach turut kongsikan Kaedah Merantau Tanpa Sesat kepada para peserta secara praktikal yang mana sebelum ini hanya peserta coaching (Singapore Career Coaching)  sahaja mendapat pendedahan. Tujuan peserta GUIDE ini di bawa ke dalam Singapura adalah supaya para peserta mendapat gambaran sebenar dan kefahaman dengan lebih jelas lagi. Dengan sedikit perubahan ini mungkin dapat kami jangkakan lebih ramai job seekers kita akan lebih terdedah kepada informasi yang betul dan tepat.

Apa Yang Peserta GUIDE Akan Dapat?

(1) Mengetahui step by step ilmu Strategi Asas Buru Kerjaya (Basic Job Hunting Strategy);

(2) Mengenali dan memahami Kaedah Merantau Tanpa Sesat menggunakan pengangkutan awam;

(3) Mengenali jenis agensi pekerjaan dan tanda – tanda job scammer;

(4) Sesi bersoal – jawab dengan career coach semasa trip;

(5) Selepas trip, peserta sudah boleh melakukan job hunting. Yahooo!

Siapakah Tuan Najib Halim?

Apabila sebut kerja Singapura, Tuan Najib Halim ialah nama yang tidak asing lagi. Beliau ialah Perunding Kerjaya (Career Coach) yang telah berkecimpung dalam industri career coaching sejak tahun 2011 lagi.

Sejak itu hingga ke hari ini, ratusan ribu job seekers berwarganegara Malaysia telah mendapat awareness  dan informasi berkaitan kerjaya di Singapura. Ribuan peserta telah mengikuti seminar dan program – program kerjaya yang beliau wujudkan setiap bulan. Mereka yang telah berjaya mendapat pekerjaan di Singapura pula tidaklah sedikit.

Sekiranya anda ingin dapatkan khidmat beliau, silakan hubungi kami. Kami ada beberapa program yang mungkin paling sesuai dengan anda.

S: Bolehkah menyertai GUIDE tanpa menyertai TALK?

J: Boleh. Namun begitu, peserta itu akan terlepas banyak info penting yang hanya dikupas dalam TALK. Oleh itu, kami amat sarankan peserta GUIDE menyertai TALK. Apabila peserta sudah menyertai GUIDE dan TALK, maka barulah dia telah bersedia untuk memburu kerjaya di Singapura.

S: Selepas sertai program GUIDE dan peserta sudah pulang ke rumah masing – masing, adakah peserta boleh bersoal jawab dengan coach?

J: Tidak boleh kerana tiada membership lifetime.  Jika ingin mendapatkan membership lifetime, peserta perlu upgrade ke program Singapore Career Coaching.

S: Adakah dalam GUIDE nanti peserta akan dapat belajar ilmu Strategi Buru Kerjaya Tersembunyi (Hidden Job Hunting Strategy) bagi mencari kerja yang ada kuota dan tak diiklankan tu?

J: Tidak. Dalam GUIDE, peserta akan dapat belajar Strategi Asas Buru Kerjaya (Basic Job Hunting Strategy) sahaja. Sekiranya peserta GUIDE ingin belajar Hidden Job Hunting Strategy itu, peserta perlulah ambil sesi Consultation (CCS) atau Coaching (SCC).

S: Adakah dengan ilmu Basic Job Hunting Strategy dalam program GUIDE ini, peserta akan berkemampuan untuk cari kerja di Singapura?

J: Ya. Boleh.

S: Jika peserta nak dapatkan sesi consultation atau coaching, adakah wajib sertai program GUIDE ini?

J: Wajib jika belum pandai merantau di Singapura menggunakan public transport. Tak wajib jika sudah pandai.

INFO PENTING UNTUK JOB SEEKERS WARGA MALAYSIA

Berdasarkan pengalaman – pengalaman job seekers, kami simpulkan bahawa lebih mudah dapat work pass jika anda:

(1) Kelahiran Semenanjung Malaysia

  • 18 tahun ke atas: Lelaki dan wanita Bumiputra, lelaki dan wanita Bukan Bumiputra

(2) Kelahiran Borneo (Sabah/Sarawak/W.P.Labuan)

  • 18 tahun ke atas: Lelaki dan wanita Bukan Bumiputra, wanita Bumiputra, lelaki Bumiputra yang memiliki Bachelor Degree
  • 35 tahun ke atas: Lelaki Bumiputra yang tidak memiliki Bachelor Degree

Sebenarnya, mengikut syarat – syarat bekerja yang dikeluarkan secara rasmi oleh Pemerintah Singapura, tiada sekatan umur untuk lelaki Bumiputra kelahiran Borneo seperti di atas.

Dapatan di atas hanyalah sekadar pengalaman – pengalaman job seekers yang mencari kerja di Singapura.

Jadikanlah ia panduan atau anda boleh abaikan untuk mencuba nasib. Kami tidak bertanggungjawab atas apa -apa risiko yang anda ambil.

Tarikh GUIDE Terkini

16 NOV 2025

Info Program Lengkap:

Nama Program: Singapore Career Guide (SCG)

Tarikh: 16 Nov 2025 (Ahad)

Waktu: 8.30 a.m – 8.30 p.m (anggaran – biasanya peserta sampai di JB Sentral lebih awal antara jam 6 hingga 7 malam)

Durasi: 12 jam (maksimum anggaran)

Lokasi: Singapura

Point Berkumpul: Berhadapan Restoran KFC dalam JB Sentral

Pin Point:

https://maps.app.goo.gl/pUrFPSRFdDUX9BAC6

Fee: SGD10.00/peserta

Keahlian: Satu Sesi Sahaja

Etika Pakaian: Cap (topi sudu jika ada)

Bawa Barang Wajib:

Passport Antarabangsa, Kad Pengenalan dan wang saku minimum sebanyak SGD30.00 (untuk beli ezlink, topup ezlink dan makan tengahari). Sekiranya anda ingin beli simkad handphone Singapura, sila tambahkan lagi wang saku anda sebanyak SGD10.00. Jadi, jumlah yang anda perlu bawa ialah SGD10 (fee) + SGD30 (wang saku) + SGD10 (simkad handphone – pilihan) = SGD50. Anda boleh tukar wang anda di kedai money changer di tempat anda ataupun di JB Sentral sebelum berkumpul.

Bawa Barang Pilihan (tak diwajibkan – sekadar cadangan):

1 botol kecil air mineral, sedikit makanan ringan, buku nota kecil dan pen, telefon pintar serta powerbank.

Submit:

Sila submit informasi yang diperlukan dalam aplikasi MYICA MOBILE (sebelum ni nama aplikasinya ialah SG Arrival Card). Jika pertama kali nak submit, sila download aplikasi MYICA MOBILE dan tonton tutorial di bawah ini.

Sila Baca Panduan GUIDE Di Bawah

Tajuk:

  1. Pendaftaran secara walk-in sahaja
  2. Submit MYICA Mobile
  3. Download app
  4. Hotel
  5. SCT
  6. Parking
  7. To – do List
  8. Not – To – Do List
  9. Jangan Lewat
  10. Terma dan syarat

____________________

(1) Pendaftaran secara walk-in sahaja

  • Untuk program GUIDE ini, pendaftaran hanya dibuat secara walk-in sahaja.
  • Sila buat bayaran secara tunai dalam matawang Singapore Dollar sebanyak SGD10.00 sahaja.
  • Pihak kami tidak melantik mana – mana wakil bagi menjalankan semua program kami. Pastikan anda berjumpa dengan coach Najib Halim semasa mendaftar.

(2) Submit MYICA Mobile

  • Sila submit SG Arrival Card menggunakan aplikasi MYICA Mobile selewat – lewatnya sebelum berkumpul.
  • Pastikan semua nombor dan maklumat diri diisi dengan tepat.

(3) Download App

  • Selain MYICA Mobile, sila download 3 aplikasi lain ke dalam smartphone anda. Iaitu Singapore Maps (Streetdirectory Pte Ltd), Singapore MRT LRT Offline dan BusLeh.

(4) Hotel

  • Program GUIDE ini akan berlangsung di bahagian hujung Johor Bahru. Sekiranya anda ingin booking hotel, anda boleh memilih lokasi yang berdekatan JB Sentral ataupun Larkin Sentral (Terminal Bas Larkin).
  • Ada banyak variasi hotel boleh anda pilih. Sekiranya hotel bajet menjadi pilihan anda, kami cadangkan anda menginap di lokasi berdekatan dengan Larkin Sentral. Antaranya ialah Ghazrin Budget Hotel yang terletak di seberang jalan di belakang Larkin Sentral (bertentangan dengan Stesen Teksi). Anda boleh berjalan kaki ke hotel dari Larkin Sentral. Selain rangkaian Hotel Ghazrin, ada banyak lagi hotel bajet yang berada berdekatan dengan lokasi itu.
  • Sekiranya anda menginap di sekitar Larkin Sentral, kami ingin ingatkan bahawa anda perlu menaiki kenderaan untuk pergi ke JB Sentral. Jarak antara dua lokasi ini ialah 6.8km. Anda boleh menggunakan kenderaan sendiri atau menaiki teksi / grab untuk ke sana.
  • Sekiranya anda ingin menyertai program  Singapore Career Talk (SCT), iaitu seminar talk dan networking yang kami anjurkan pada malam sebelum hari trip GUIDE, pastikan anda sudah tiba di Johor Bahru sebelum jam 8.00 pm.

(5) SCT

  • Program Singapore Career Talk (SCT) ini terbuka kepada semua job seeker. Sila baca info di pautan ini: https://najibhalim.com/singapore-career-talk
  • Anda digalakkan hadir ke program seperti ini bagi menambahkan ilmu kerjaya dan meluaskan circle kerjaya anda. Apabila circle anda luas, maka proses memburu kerjaya akan lebih mudah pada masa hadapan.

(6) Parking

  • Anda  dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan anda di tempat parking berbayar dan berpagar.
  • Terdapat banyak lot parking motosikal di sekitar depan dan belakang JB Sentral. Fee untuk sehari semalam hanya RM3.
  • Untuk kereta, kebanyakan parking lot yang sedia ada dan berhampiran JB Sentral mengenakan bayaran bulanan. Yang mengenakan caj harian  tidak banyak lagi seperti dulu. Sekiranya ada, anggaran fee sehari antara RM12 – RM20.
  • Sekiranya anda tak kisah bayar parking puluhan RM, anda bolehlah parking di dalam Mall Komtar, sebelah JB Sentral je. Atau jika anda tak kisah berjalan jauh, mungkin boleh parking berdekatan dengan Plaza Kotaraya.
  • Alternatifnya, nak lagi jimat, anda boleh parking kereta anda di parking lot hotel anda atau di parking lot berbayar Larkin Sentral dan kemudian anda boleh menaiki teksi atau grab untuk ke JB Sentral.
  • Jangan sesekali parking di tepi jalan. Nanti MBJB angkut maa!

(7) To – Do List

  • Sila sarapan pagi sebelum berkumpul. Sekiranya perlu, anda boleh tapaw sedikit makanan ringan dan 1 botol kecil air minuman mineral.
  • Pastikan anda bawa passport antarabangsa dan kad pengenalan milik anda sendiri.
  • Pastikan anda sudah tukar wang yang cukup sebelum berkumpul. Kalau nak tahu kadar tukaran wang, gogel je.
  • Sila amalkan sikap hormat – menghormati dengan sesama peserta dan coach.
  • Bawa barang kepunyaan anda sahaja.
  • Sekiranya anda tidak boleh membaca (anak anda sedang bacakan artikel ini untuk anda), pastikan anak anda turut sertai program GUIDE ini.

(8) Not – To – Do List

  • Jangan bawa barang peserta lain atau barang kiriman orang.
  • Jangan pakai pakaian yang ada kaitan dengan terrorist / jihadist / Israhell / Palestin dan seumpamanya.
  • Jangan sebut perkataan seperti “BOOMMM!”.
  • Jangan bawa rokok, tembakau, dadah, ganja atau vape.
  • Jangan bawa chewing gum.
  • Jangan bawa senjata dan barang – barang lain yang tidak dinyatakan di sini namun tersenarai dalam senarai hitam ICA Singapore.
  • Jangan merokok di tempat awam.
  • Jangan buang sampah merata – rata.
  • Jangan share atau publish semua ilmu dan tips kami kepada bukan peserta GUIDE.

(9) Jangan Lewat

  • Pastikan anda sudah melakukan semua perkara yang perlu sebelum berkumpul.
  • Sekiranya anda lewat, kami terpaksa tinggalkan anda. Serius ni tau!

(10) Terma dan syarat

  • Ilmu dan tips kerjaya dalam program GUIDE ini diperkirakan benar hanya pada masa ucapan itu dibuat;
  • Semua ilmu, tips dan jawapan – jawapan kepada soalan – soalan peserta adalah bersifat umum dan tidak semestinya tepat atau sesuai untuk semua peserta. Jadi, ia tidak boleh dianggap nasihat personal kepada mana – mana peserta walaupun kepada peserta yang bertanya. Bagi mendapatkan khidmat nasihat yang sesuai dengan profil peserta itu sendiri, kami sarankan peserta mengambil sesi consultasi atau coaching;
  • Peserta diizinkan untuk membuat catatan atau rakaman hanya untuk tujuan rujukan peserta sahaja. Peserta tidak boleh berkongsi atau menyebarkan ia kepada umum;
  • Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang informasi, nasihat – nasihat atau tips – tips yang diberikan oleh peserta – peserta yang hadir dalam program ini;
  • Kami tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan, kekurangan, salahfaham dan kerugian yang mungkin berlaku ke atas peserta GUIDE.

Jumpa Kami Di Sana!