You are currently viewing DULU SAYA SUSAH

DULU SAYA SUSAH

kisah-orang-miskin

Ramai pekerja kita sudah mengalami perubahan gaya hidup positif bila bekerja di Singapura. Ini adalah realiti. Realiti ini tidak boleh dipertikaikan oleh apa dan siapa pun.

Sudah menjadi habit saya bertanya sejarah hidup kawan – kawan yang bekerja di sana. Saya kongsikan di sini kisah – kisah mereka bukan bertujuan untuk merendahkan pekerjaan di tanahair kita. Tidak. Semua pekerjaan adalah bagus dan setiap peranan kita adalah penting. Namun jika anda katakan saya pandang rendah pada nilai pendapatan (gaji) pekerjaan di negara kita, ia lebih tepat. Sepatutnya kita mendapat gaji yang lebih setimpal dari apa yang kita dapat sekarang. Anda setuju ?

“Dulu saya kerja kilang sebagai operator di kampung cuma dapat RM600 – RM700 je. Kalau buat o.t boleh la cecah RM1000. Nak beli kereta ? Tak mampu rasanye. Susah nak simpan duit kalau dapat sikit. Nak melancong ? hahaha.. Tak termimpi pon. Sekarang bila kerja Singapura, kereta, motor, rumah, kahwin semua jadi mudah. Tiap – tiap tahun boleh melancong..,”

– Pekerja 

“Bila saya buat kerja lebih masa dapatlah RM1500 – RM2000. Tapi bro, hidup di KL ni 2 ribu mana cukup. Saya datang Singapura dan buat kerja lebih masa dapat juga 2000, bukan RM tapi SGD. Berapa kalau tukar RM ? Lu kira sendiri..,”

– Pekerja

Banyak lagi story yang boleh saya kongsi, tapi rasanya kata – kata di atas sudah lebih dari cukup untuk menggambarkan perubahan gaya hidup yang berlaku kepada pekerja kita di Kota Singa tersebut.

 

Najib Halim

Berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan CAREER COACH PROFESSIONAL yang memberi coaching dan khidmat nasihat kerjaya kepada warga Malaysia yang mahu membina kerjaya di Singapura dengan bebas dan selamat. Anda Mahu Sertai Program Kerjaya Kami? Hubungi kami segera. +6012 - 222 2072 (SMS/WHATSAPP/CALL)

This Post Has 2 Comments

  1. nurfazilah binti zainal

    kalau ada sijil spm standard gaji berapa

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.