You are currently viewing SAYA RESPECT AGENSI PEKERJAAN

SAYA RESPECT AGENSI PEKERJAAN

Employment-Law

Kasi RESPECT sama agensi…

Saya akui saya sendiri tidak pernah menggunakan khidmat mana – mana agensi pekerjaan untuk bekerja di Singapura. Namun saya sedari banyak company agensi yang profesional. Sama ada agensi Malaysia mahupun Singapura. Ada yang caj pekerja hanya serendah RM30. Ada juga yang caj hingga beribu – ribu SGD. Sesetengah agensi Singapura pula tidak caj anda tapi mereka caj majikan tanpa majikan memotong gaji anda.

Ada agensi memberi peluang kepada pekerja yang tidak mempunyai modal kewangan (kebanyakan agensi Malaysia). Mereka sediakan passport, duit makan dan hostel. Of course la mereka mahu keuntungan dari setiap dollar yang mereka belanjakan kepada anda (menetapkan bunga berpatutan dalam setiap pinjaman) kerana mereka bukannya government mahupun welfare dari mana – mana badan kebajikan masyarakat. Jika anda memang terdesak, tidak ada duit sesen dalam poket dan hanya tinggal sehelai sepinggang, bukankah orang seperti mereka ini yang akan menjadi penyelamat anda ? Nak harapkan adik – beradik pun belum tentu boleh diharap der…kan..kan.. Thanks to them.

Namun begitu…

Sekali lagi saya memberikan respect kepada mereka. Namun begitu, entry ini juga ingin mengajak anda terutamanya yang baru berjinak – jinak nak masuk dan bekerja di Singapura agar berhati – hati dengan agensi pekerjaan yang tidak profesional. Dah banyak kes yg kita dengar. Di Malaysia, saya belum jumpa web rasmi yang mendedahkan nama – nama agensi yang disenaraihitamkan. Namun begitu di Singapura, kita boleh baca senarai nama company agensi di negara itu yang sedang dalam pemerhatian pihak berkuasa dan senarai agensi yang telah dibatalkan.

Sila berhati – hati apabila berurusan dengan mana – mana agensi. Ambil tahu hak anda seperti gaji berapa, kerja berapa jam dan berapa hari, position apa dan jangan lupa soalan yg paling penting..iaitu berapa caj agensi. Sila baca perjanjian sebelum anda tanda tangani. Pastikan anda betul – betul faham. Jika anda tidak mahu berurusan dengan agensi, daftarkan nama anda bagi mengikuti Program Personal Coaching yg kami anjurkan. Dalam program ini, Pakar Kerjaya kami akan berikan tunjuk ajar hingga anda mastering bagaimana mencari kerja mengikut prosedur  secara berdikari dan selamat di Singapura tanpa diikat atau ditipu individu yg tidak bertanggung jawab.

Web Rasmi Ministry Of Man Power Singapore

Pautan link di bawah ini akan menunjukkan kepada anda dua senarai:

  • List of employment agencies whose licences had been revoked due to infringement (Senarai agensi pekerjaan yang lesennya telah dibatalkan kerana pelanggaran).
  • List of employment agencies under MOM’s surveillance (Senarai agensi pekerjaan di bawah pengawasan MOM).

SILA KLIK LINK INI

Semoga bermanfaat.

Najib Halim

Berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan CAREER COACH PROFESSIONAL yang memberi coaching dan khidmat nasihat kerjaya kepada warga Malaysia yang mahu membina kerjaya di Singapura dengan bebas dan selamat. Anda Mahu Sertai Program Kerjaya Kami? Hubungi kami segera. +6012 - 222 2072 (SMS/WHATSAPP/CALL)

This Post Has 4 Comments

  1. JULIANJAYARAJ ALOGARSAMY

    please review for me forklift driver vacancy and kindly call me at 0187704144

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.