You are currently viewing TIPS: CARA NAIKKAN GAJI BERKESAN DI SINGAPURA

TIPS: CARA NAIKKAN GAJI BERKESAN DI SINGAPURA

 Singapore-Dollar1

CARA NAIK GAJI

Bagaimana? Sudah tentu bukan dengan cara mudah seperti jadi scandal bos. hahaha. Caranya tentulah dengan mempertingkatkan KUALITI atau NILAI KERJA kita. Jika hasil kerja kita atau diri peribadi kita berketerampilan, berkualiti, maka sudah tentu kita berhak untuk mendapat gaji yg setimpal. Saya sendiri pernah nego dengan bos sendiri. Saya bagi kata putus pd dia…nak resign, tapi kalau bos naikkan gaji..saya stay. hehehe.. Disebabkan saya boleh melakukan kerja yg diberikan tanpa ada masalah, bekas bos saya ni pun naikkan gaji saya.

Macam mana saya buat? Ini petuanya…

KOMITMEN DAN PROFESIONAL

Apa pun jawatan yang kita sandang, hendaklah kita buat yang terbaik. Lakukanlah pekerjaan bagaikan kita yang memiliki syarikat tersebut. Apabila kita tunjukkan komitmen kita pada kerja sekalipun jika pekerjaan kita itu sebagai Operator Kilang atau Cleaner, mana – mana majikan pastinya akan menghargainya dan tidak mustahil jika ada kekosongan jawatan yang lebih tinggi maka akan diberikan kepada kita. Hal ini sudah banyak kali saya saksikan. Ada seorang yg saya kenal ni bekerja dari bawah. Bila dia tunjukkan komitmen, dia dinaikkan jawatan hinggalah sekarang di mana dia menjadi Manager Operation syarikat internasional. Tak kan begitu mudah ? Tentulah dengan usaha yang tidak kenal erti jemu.

TINGKATKAN SKILL KAYAKAN SOFT SKILL

Hadiri COURSE kemahiran dan kayakan soft skill di Singapura. Antara skill yang boleh dipelajari ialah Forklift, Cren dll. Kelas Soft skill juga tidak kurang. Banyak sijil yang berkualiti maka tinggilah potensi kita untuk dapat jawatan yang baik. Gaji anda akan naik selari dengan standard kemahiran anda.

Pautan ni adalah website WDA. Jika anda nak ambil course yg diiktiraf Singapura, boleh ambil di sini.

SILA KLIK SINI

Semoga kita sentiasa mempertingkatkan NILAI kerja dan NILAI DIRI kita. Semoga bermanfaat.

Najib Halim

Berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan CAREER COACH PROFESSIONAL yang memberi coaching dan khidmat nasihat kerjaya kepada warga Malaysia yang mahu membina kerjaya di Singapura dengan bebas dan selamat. Anda Mahu Sertai Program Kerjaya Kami? Hubungi kami segera. +6012 - 222 2072 (SMS/WHATSAPP/CALL)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.