Ape sebab saya tulis entry ni? Sebabnya mereka yang menghubungi saya terdiri juga daripada kalangan anak – anak muda remaja yang belum biasa berdikari. Belum pernah lari dari rumah seorang diri. Kalau diaorang keluar ke KL pun mesti di escort dengan kawan – kawan satu kampung. hahaha..
Di sini saya beri sedikit tips. Selain dari ini, belajarlah dari pengalaman. Kerana pengalamanlah guru yang paling berkesan. Manfaatlah ye wahai adik – adik..
Belajar Saving
Kalau tak boleh nak saving duit, asyik – asyik call parents mintak top up itu dan ini, tak payah korang berangan Mat Jenin nak hidup jauh dari parents. Menyusahkan lagi ada. Baik duduk celah ketiak mak hang… Amboih, kasarnye bahasa bro ? hehehe..saya praktis loghat utaro ni. Bagaimana cara berkesan nak saving money ? Sila Google please..
Boleh Selesaikan Masalah
Masalah apa ? Apa saja masalah yang datang. Nak kena belajar berfikir sendiri. Memang bagus tanya pendapat orang lain kerana memberi kita banyak option. Namun, balik – balik kita sendiri juga yang harus memilih option mana yang terbaik. Bukan orang lain yang nak pilih untuk kita.
Tak Malu Bertanya
Malu bertanye sesat jalan der.
Pandai Jaga Diri
Tak kan nak habaq selalu.. jangan keluar malam sorang – sorang, jangan mudah percaya stranger, penatlah. Kalau tak sensitif dan tak boleh fleksibel dengan situasi baru yang mungkin datang suddenly, memang banyaklah keperitan hidup yang akan dirasai. Be alert to the danger der !
Hormati Orang
Hormatilah siapa sahaja yang korang temui. Jaga mulut. Jangan kerana dia pakai sengkek atau jalan tempang, korang nak mempersendakan dia. Sekolahlah sikit. Nak berhijrah kat tempat orang kena pandai beradab dengan orang.
Berkawan Dengan Orang Yang Positif
Kat mana – mana pun ada orang yang lebih dominan dalam hal positif. Ada yang positif dalam bab kerja rajin, ada yang positif bab bisnes, ada yang positif dalam bab agama dan banyak lagi. Bergaullah dengan mereka ni dan seraplah getaran positif yang mereka pancarkan.
Belajar Dari Pengalaman
Orang yang bijak ialah orang yang belajar dari pengalaman orang lain. Orang yang pandai pula ialah orang yang belajar dari pengalamannya sendiri. Manakala orang yang tak mahu belajar dari pengalaman dirinya dan manusia lain adalah orang yang kurang akal.
Adik – adik, selamat berdikari…jangan selalu makan maggi kari ye 😆