Peserta Coaching saya selalu bertanya soalan pasal tax ni. Disebabkan kawan – kawan kita di luar sana masih tidak jelas dalam hal ini, maka saya share sikit la dalam entry kali ni.
• KALAU RESIGN KENA BAYAR INCOME TAX?
✔Jika anda resign dan jumlah hari anda bekerja (termasuk offday) adalah 60 hari atau ke bawah, maka anda dikecualikan dari dikenakan tax. Jangan anda benarkan sesiapa pun tipu anda pasal ni. Jika diorang tanya siapa beritahu, cakap la Pakar Kerjaya Najib Halim beritahu. Mesti diorang terkedu. huhuhu..
✔Jika anda resign dan jumlah hari anda bekerja (termasuk offday) adalah dari 61 hari hingga 182 hari, maka pendapatan anda akan dikenakan tax pada kadar 15% (dari jumlah keseluruhan) atau pada kadar penduduk progresif, yang mana akan menyebabkan jumlah cukai menjadi lebih tinggi. Anda tidak berhak untuk pengecualian tax.
Setelah anda memberi surat resign, majikan anda akan contact IRS utk mendapat tahu berapakah jumlah yg sepatutnya dibayar. Setelah diberitahu, majikan akan potong gaji terakhir anda bg membayar kpd IRS.
Kegagalan membayar tax akan memberi masalah besar kepada anda jika anda mahu bekerja di Singapore pada masa hadapan. Tak mustahil jika permohonan anda utk mendapatkan kerja lain tidak diluluskan M.O.M atau mungkin lebih teruk lagi anda ditahan di CIQ dan tak dibenarkan masuk ke Singapura. Nasihat saya, jika nak resign maka resign la dengan cara yg betul, beri tender notis dan pastikan majikan anda tidak lupa tentang tax ni dalam gaji terakhir. Jika anda dah terlanjur cabut lari dan ada masalah untuk memohon kerja, ingat – ingatkan tax ni. Cuba pergi pejabat IRS dan check.
Jika anda sudah buat bayaran dan berjaya dapatkan kerja di Singapore dalam masa 2 bulan selepas anda resign, anda berhak mendapat semula tax yg anda bayar tersebut (refund). Proses bayaran baliknya mungkin lambat. Namun jika anda pergi ke pejabat IRS dan membawa sekali buku akaun bank Singapore anda, prosesnya lebih cepat.
✔Jika anda resign setelah anda bekerja 183 hari atau ke atas dan pendapatan anda mencecah SGD20,000 setahun, maka anda perlu bayar income tax maaa.. Bukannye banyak pun. Jika kurang dari SGD20k setahun, tak perlu bayar.
Anda mungkin boleh membuat tuntutan potongan cukai ke atas perbelanjaan pekerjaan yang ditanggung sendiri dalam mendapatkan pendapatan anda. Maknanya jika anda telah menggunakan wang anda sendiri untuk membayar perbelanjaan yang diperlukan untuk pekerjaan anda seperti perbelanjaan perjalanan, perbelanjaan keraian, langganan, dan lain-lain maka anda layak mintak kurangkan tax (ada term and condition).
Untuk keterangan lebih lanjut, sila baca LINK INI atau boleh datang sendiri ke pejabat IRS. Sebelum datang lebih bagus buat appointment, jimat masa menunggu. Tak buat appointment pon boleh jumpa pegawai tapi lambat la nak tunggu turn.
Ini address IRS:
Inland Revenue Authority of Singapore
55 Newton Road
Revenue House
Singapore 307987
(Opposite Novena MRT Station)
Jika bermanfaat, sila share.