Bolehkah kita dapat pekerjaan di Singapura jika tak pandai speaking?
Seperti jawapan saya di entry SOALAN LAZIM KERJA DI SINGAPURA, boleh.
Ini disebabkan ramai pekerja – pekerja di sana yang terdiri dari orang Malaysia yang fasih berbahasa Melayu. Mereka boleh ajar kita sikit – sikit bahasa English. Jika pekerjaan anda tersebut tidak memerlukan anda berinteraksi dengan client atau customer, maka besar kemungkinan anda tak perlulah belajar ilmu bahasa itu. Namun begitu, jika anda mahu naik pangkat atau bertukar ke pekerjaan yang lebih bagus, maka anda perlu speaking English walaupun broken.
Jadi bagaimana boleh pandai speaking?
Berbahasa adalah salah satu bentuk SKILL atau kita sebut KEMAHIRAN. Untuk pandai berbahasa, kita perlu belajar dan praktik menulis, membaca, mendengar dan bercakap. Untuk fasih, tentu ia mengambil masa yang lama. Namun untuk faham tentang English, ia hanya mengambil masa kurang 30 hari (pendapat saya). 30 hari ??? Boleh ke ? Boleh. Asalkan anda tidak salah memilih bahan bacaan.
Tatabahasa – Grammar
Kunci untuk faham English atau mana – mana bahasa ialah kita perlu faham ilmu tatabahasa. Bagaimana nak buat ayat tanya, ayat jawapan negatif dan macam – macam ayat lagi maka kita kena rujuk ilmu tatabahasa. Belilah sebuah buku Grammar English hari ini. Saya sarankan buku seperti dalam entry ini kerana saya dah beli banyak buku grammar dan saya lihat buku ini paling senang dipelajari berbanding buku lain. Bukan nak promote buku ni (saya tak dapat apa2 komisyen pon). Walaupun buku ini semua isinya ditulis dalam bahasa English, namun ia menggunakan bahasa dan cara yg mudah untuk difahami. Saya tak syorkan anda beli mana – mana buku kecil yang bertajuk ’30 hari perbualan dalam bahasa English’, kerana ia hanya membolehkan anda menghafal tanpa memahami bagaimana menyusun ayat yg betul. Jika nak beli tu beli la..tapi bagi saya buku kecil macam tu tak ada kesan. Jangan lupa pula beli sebuah kamus. Semoga bermanfaat.