Pengalaman beberapa kali melancong ke luar negara mencetuskan idea untuk saya menulis entry ini. Korek duit dari mana untuk melancong ? Saya tak seperti Celebrities Blogger yang menggunakan income dari berblogging untuk makan angin. Saya bekerja keras seperti kawan – kawan kita yang lain di oversea. Oversea beb…! Sebenarnya dekat di Singapura je, tapi hati ni tetap nak sebut perkataan oversea tu. Biar rare gitu. Biar orang kampung bangga dengan kite. kikiki.. Anda nak kerja di Singapura macam saya ? KLIK SINI
Tips – tips yang saya kongsikan ini hanya sesuai bagi mereka yang mempunyai ‘hati kering’ macam saya ni, yang suka enjoy travel sorang – sorang. Kalau anda nak follow Tour Guide, tak perlulah baca ni..buang mase je.
- STEPS SEBELUM KE LUAR NEGARA: Buat research
Ini homework paling penting sebelum melancong. Gunakan Google. Anda dah tahu berapa wang nak spend, negara dan state mana nak terjah ? Kalau dah tau..senang. Sekarang research pulak kadar tukaran wang, harga flight pergi – balik dan harga hotel beberapa hari anda bermalam di sana. Agak – agak cukup tak duit ? Cukup atau lebih dari cukup ?
Sebelum booking tiket flight dan hotel, research dulu tempat – tempat yang anda nak lawat. Senaraikan nama tempat, tengok jarak satu tempat dengan tempat yang lain. Cuba tengok manalah tahu mereka adakan function / culture event pada tarikh tertentu. Jika ada, setkanlah program tu dalam jadual anda. Buatkan jadual harian anda di sana bermula dari tiba di airport.
- Booking flight, hotel dan Tukar Wang Asing
Dah settle benda – benda di atas ? Sekarang anda boleh book flight pergi – balik. Saya suka naik flight yang akan sampai di sana pada waktu pagi. Waktu balik pula saya naik plane yang tidak terlalu awal pagi. Takut tak sempat nak catch up, lebih – lebih lagi kalau airport dengan hotel agak jauh. Ingat, jangan beli tiket di kaunter tiket, mahal. Online booking please.. Book la seawal dua atau tiga bulan. Lagi awal lagi bagus. Namun offer diskaun yang company flight bagi biasanya tak tentu masanye. Sebab tu bagi yang dah biasa makan angin, mereka tengok offer dulu, dah ada offer baru nak planning untuk bercuti.
Jika anda pergi seorang diri untuk tengok – tengok budaya orang, stay hotel 3 star dah lebih dari cukup. Nak lagi jimat boleh stay hotel / motel bajet. Bukannya kita nak spend the whole time dalam hotel, kan ? Pastikan anda pilih hotel yang berada di tengah – tengah antara tempat – tempat yang anda nak lawat tu – senang. Boleh berjalan kaki dari hotel untuk tengok – tengok budaya. Saya suka booking guna website Agoda. Selalu dapat diskaun bila tebus point.
Di mana nak tukar wang, di negara kita ke negara diaorang ? Saya biasa tukar di negara sendiri. Namun begitu anda boleh research di manakah tukaran yang lebih tinggi. Jangan lupa untuk nego dengan cashier.
- Planning: Travelling, Shopping dan Makan Makanan Tempatan
Tentukanlah cara anda nak travel di sana. Sewa kereta, motor atau naik bas, train dan sebagainya. Tak kan tak shopping. Walaupun anda seorang photographer yang asyik tekan shuttle kamera 24 jam, tak kan tak beli buah tangan, kan. Tentukan nak beli apa, nak makan apa dan di mana. Macam biasa, tanyakan master sifu anda..Google.
- Beritahu Keluarga Atau Sahabat Handai
Bukan sebab nak tunjuk – tunjuk, tapi untuk back up. Mana tahu anda ditimpa masalah di sana seperti wang tak cukup. Bolehlah mereka cepat – cepat memberi pertolongan.
- Setkan Kad ATM Bank Anda
Tahukah anda kad ATM yang anda pakai sekarang ni tak boleh digunakan di luar negeri, kecuali anda pergi ke bank dan mintak mereka setting kan supaya anda boleh guna di negara yang anda nak travel tu. Memang rate tukaran wang asing pihak bank agak flat, tidak menguntungkan. Namun jika anda terdesak nak cucuk duit di sana nanti kan senang jika kad ATM anda sudah sedia untuk diguna.
- SAMPAI DI LUAR NEGARA: Beli Sim kad Telefon dan Data Internet
Jangan lupa singgah kedai dalam perjalanan nak ke hotel tu. Senang anda nak WhatsApp dan bagai. Hidup sebatang kara ni sangat penting ada connection, walaupun anda memang tak mahu contact dan dicontact sesape dalam holiday macam ni. Ada rasa comfortable gitu. Kalau tak de internet ni, alamatnye GPS pon tak boleh guna. Sesatlah jawabnye.
- Jadilah Warga Tempatan
Saya tak suka bawa map besar – besar macam pengembara tersesat je. Saya akan guna Google Map atau apa – apa application dalam telefon pintar. Saya juga akan pakai pakaian seperti warga asing (sebenarnya kita ni warga asing – tak sedor diri pulok) maksud saya seperti warga tempatan. Mengapa nak berlagak macam orang tempatan? Takut kena culik atau ‘paw’ ke? Bagi saya, benda – benda kes macam ni boleh berlaku jika dengan mudah kita beri peluang – peluang keemasan kepada mereka ni. Tak susah pun nak low profile. Barulah ada feel..dapat selami perasaan orang – orang tempatan di sana.
- Sahabat Anda Ialah Receptionist Hotel
Mereka dapat memberi informasi yang tepat, biasanya. Mereka juga lebih memikirkan soal keselamatan kita berbanding orang lain di sana. Jagalah hati receptionist anda, jangan lokek.. 😀
- Berjalan Di Jalan Ramai Orang dan Jaga Wallet Anda – Jangan Guna Beg Tangan
Yang ni memang semua dah tau, tapi tak ramai yang pandai nak letak beg galas di depan. Belilah pouch yang letak di pinggang tu. Itu lebih sesuai.
- Belilah souvenir
Belilah walaupun Key Chain untuk famili dan kawan – kawan. Nampaklah yang awak ingat kat diaorang tu sikit.
Saya akan update lagi entry ini pada masa hadapan. Selamat melancong..
Agak – agak berguna tak informasi ni, jika ya sila tekan LIKE BUTTON DAN SHARE ye. Thanks bro..